Sep 17, 2013

Unsur syirik dalam perubatan

Unsur syirik dalam perubatan,  Apakah unsur-unsur syirik yang selalu digunakan oleh pengamal perubatan tradisional yang mengaku mengamalkan kaedah perubatan Islam?
  
Ustaz Azmi: Unsur-Unsur syirik itu adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam. Apabila kita masih ingkar dan terus mengamalkannya adalah berdosa besar. Unsur syirik dalam perubatan alternatif atau tradisional yang kita boleh kenal pasti adalah penggunaan kemenyan oleh pengamal perubatan terbabit.
  
Penggunaan jampi serapah juga adalah salah satu unsur syirik dalam proses rawatan alternatif. Di dalam al-Quran mengandungi panduan hidup yang lengkap termasuk untuk mengubati penyakit. Pesakit juga boleh mengesan jika seseorang pengamal perubatan itu menggunakan sesuatu yang pelik seperti penggunaan kain kuning, menggunakan darah atau haiwan yang disembelih adalah haram di sisi Islam.
  
Pengamal perubatan alternatif juga tidak dibenarkan untuk menggunakan ‘wafaq’ ketika menjalankan sesi rawatan. 'Wafaq' itu adalah bacaan yang diamalkan oleh pengamal perubatan itu tetapi tidak difahami oleh pesakit.
  
'Wafaq' juga biasanya digunakan oleh sesetengah pihak bagi tujuan pendinding. Bagaimanapun saya ingin jelaskan di sini ada 'wafaq' yang dibenarkan dalam Islam dan ada yang dilarang. Pesakit dinasihatkan berhati-hati apabila menjalani proses perubatan kerana dikhuatiri sekiranya ia menyelitkan unsur-unsur syirik dan dilarang.
  
Selain itu, penampilan seseorang pengamal perubatan juga kita boleh nilai jenis perubatan yang mereka amalkan. Penggunaan tangkal seperti yang diperbuat daripada benang berwarna hitam memakai rantai untuk tujuan pendinding adalah salah di sisi syarak.  

http://www.sinarharian.com.my/wawancara/mukjizat-al-quran-jadi-penawar-jauhi-syirik-1.202803

No comments:

Post a Comment