Selain daripada itu, beliau juga adalah penasihat pemakanan & perubatan Sukan, dan sentiasa menghadiri seminar antarabangsa perubatan & pemakanan bersama Sukan Negara Institut kami (ISN). Beliau juga bekerjasama dengan Profesor perubatan & kecergasan seperti Prof Dr Alan, Michael Geary dan Isabel Los Rios.
Dengan kepimpinan En. Azril, SureBest telah memberi kesan yang besar terhadap ramai rakyat Malaysia melalui pemakanan yang baik dan produk berkhasiat. Dengan pengalaman bersama banyak syarikat pemakanan di Malaysia, En. Azril dapat memahami apa keperluan pengedarnya untuk berjaya dalam kehidupan bersama SureBest. Pendapatan dan penghargaan untuk pengedar adalah penggerak utama di sebalik reputasi cemerlang syarikat.
Dengan harapan dan falsafah kejayaan untuk semua, En. Azril dan rakan-niaganya sentiasa akan membantu bagi memastikan kehidupan yang terbaik untuk semua.
Sebagai orang yang berpengalaman dan popular dalam industri makanan tambahan, beliau mendapat liputan media, antaranya Mingguan Wanita.
Bermula sebagai seorang pekerja juruwang
di sebuah pasaraya, lelaki ini kemudian mengorak langkah menceburi
pekerjaan yang memerlukan dirinya mengendalikan wang. Lama kelamaan,
timbul idea di dalam dirinya untuk memulakan perniagaan sendiri.
Lantaran itulah, Azril Ibrahim, 34
mengambil langkah berani dengan berhenti dari pekerjaan itu dan cuba
berniaga pisang goreng secara kecil-kecilan pada tahun 2006. Sewaktu
berniaga ini, gerainya didatangi oleh teman-teman yang terlibat dalam
perniagaan pelbagai peringkat (MLM). Kehidupan mereka yang selesa
membuatkan hatinya tertarik untuk mencuba nasib.
“Sekitar tahun 2008, saya melibatkan
diri secara sepenuh masa dengan perniagaan MLM. Saya bekerja keras
sehinggalah saya mendapat pangkat yang tinggi dalam perniagaan itu.
Sayangnya, dua tahun saya berusaha dengan bersungguh-sungguh, akhirnya
perniagaan itu telah ditutup atas sebab tertentu.
“Tapi saya tidak mengalah dengan keadaan
itu, sebaliknya saya mengikuti kursus Keusahawanan Inkubator bersama
SIRIM yang mana menerusi kursus itu saya mampu menjadi usahawan yang
mencipta produk sendiri. Selama dua tahun saya berusaha, akhirnya saya
berjaya menghasilkan produk yang diinginkan,” tuturnya ketika ditemui
baru-baru ini.
Tidak lama kemudian, Azril berjaya
menghasilkan produk pertama di bawah kelolaan SIRIM. Ketika dirinya
berusaha untuk membawa produknya ke kilang pembuatan, ketika itulah dia
telah dianiaya. Produk ciptaannya itu telah diciplak. Sekali lagi pemuda
ini mengalami kekecewaan yang cukup dalam.
“Pada masa itu saya benar-benar kecewa
apabila dianiaya begitu. Syukurlah sekitar tahun ini saya telah
berkenalan dengan Dr Ummi Sophia iaitu seorang pakar saraf dan bius dan
berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia perubatan.
“Dia telah bersetuju untuk menjadi
pengerusi dan penasihat perubatan untuk syarikat baru yang saya tubuhkan
iaitu SureBest yang menghasilkan produk makanan kesihatan untuk pasaran
negara ini,” akuinya lagi.
Menariknya, gabungan antara Azril dan Dr
Ummi selaras dengan misi perniagaan yang mahu mengetengahkan ilmu
mengenai perubatan dan pemakanan yang betul. Azril juga bukan
calang-calang orangnya apabila dirinya selaku pakar pemakanan dan
jurulatih sukan telah menerima jemputan ceramah di Persidangan Perubatan
dan Sains Sukan di Institut Sukan Negara (ISN).Bagi memantapkan lagi
ilmu yang dimiliki, Azril juga gigih berusaha sehingga membolehkan
dirinya menyambung pengajian jangka pendek di University of Florida,
Amerika Syarikat dalam bidang pemakanan dan belajar mengenai ilmu
formulasi produk, nutrisi dan kesihatan dari saintis di Paris.
Menurutnya lagi, hasil daripada
pembelajarannya itulah dia menemui satu kaedah pelangsingan yang betul
dan berkesan melalui kaedah pemakanan yang betul. Kaedah yang
diperkenalkan menerusi penggunaan coklat gelap yang diimport dari Afrika
menggunakan 77 peratus koko premium ini telah dibuktikan mampu
menukarkan lemak tepu di dalam tubuh seseorang.
“Gabungan koko dan kelapa dara dalam
produk ini membantu untuk rawatan dalaman. Dalam pada itu, ia juga perlu
diamalkan dengan program pelangsingan yang kami perkenalkan. Dengan
itu, penurunan boleh berlaku dengan betul,” tuturnya yang mengeluarkan
produk Sure Best ’28 Dark Chocolate, DRz Nature’s Rescue Gel, Pueraria
Pearl Lady dan Pro right.
Kehidupan Lebih Baik Bagi memantapkan
jualan dan memperkenalkan produknya ke serata Malaysia, Azril sanggup
turun padang. Pastinya dia akan ditemani oleh isteri, Rahila Ahmad Fuad,
24 dan satu-satunya permata hati mereka, Muhammad Uwais Adam, 7 bulan.
“Jika ada ekspo di sekitar utara pasti
saya akan bawa produk saya untuk diketengahkan kepada masyarakat
setempat. Hasilnya dalam tempoh enam bulan, ia mula dikenali dan
mendapat permintaan yang tinggi serta mula diterima baik oleh masyarakat
di utara. Saya amat berharapan untuk memperkenalkan produk ini ke
sebelah selatan.
“Selain itu, saya juga turut
mengendalikan bengkel-bengkel di samping memperkenalkan program
pemakanan yang betul kepada pengguna. Mereka perlu tahu apakah makanan
yang perlu diambil dan perlu dielakkan sepanjang mengikuti program. Saya
bersyukur kerana kerja keras yang dijalankan ini membolehkan saya
membantu golongan obes untuk mengurangkan berat badan mereka sekali gus
mengembalikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka,” akuinya dengan
lebih lanjut.
Bagi merealisasikan impiannya untuk
menjadi peneraju dalam bidang pemakanan yang betul dan seimbang, dirinya
sanggup bekerja keras untuk sampai ke tahap itu. Justeru, dirinya
sentiasa memastikan produknya itu dihasilkan dengan telus dengan
menggunakan bahan-bahan yang selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka
masa yang panjang.
“Atas dasar itulah, kami telah
menghasilkan produk dengan berbekalkan kajian saintifik yang telah
dibuktikan keberkesanannya. Sebab itulah saya tidak lokek untuk
berkongsi ilmu ini secara percuma kepada mereka yang berminat mengenai
cara dan teknik kesihatan pada masa akan datang,” katanya mengakhiri
bicara.
Sumber daripada:
http://www.mingguanwanita.com.my/
Antara Produk yang di cipta dan di formulasi olleh En Azril ialah, lihat gambar di bawah:
TEMPAHAN KLIK SINI
No comments:
Post a Comment