Sembahyang jenazah di atas kubur adalah harus
عَنْ
أَبِى رَافِعٍ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلاً أَسْوَدَ – أَوِ
امْرَأَةً سَوْدَاءَ – كَانَ يَقُمُّ الْمَسْجِدَ ، فَمَاتَ ، فَسَأَلَ
النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – عَنْهُ فَقَالُوا مَاتَ . قَالَ « أَفَلاَ كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِى بِهِ دُلُّونِى عَلَى قَبْرِهِ » . – أَوْ قَالَ قَبْرِهَا – فَأَتَى قَبْرَهُ فَصَلَّى عَلَيْهِ (صحيح البخارى، الصلاة)
Bermaksud: Daripada
Abu Rafi`, daripada Abu Hurayrah, bahawa seorang lelaki atau seorang
wanita hitam yang selalu membersihkan masjid telah meninggal dunia maka
Nabi s.a.w. bertanya mengenainya, orang ramai menjawab, bahawasanya dia
telah meninggal dunia. Nabi menjawab, kenapa kamu tidak memberi tahu
kepada aku. Tunjukkan aku mana kuburnya? Maka Nabi pun pergi. Dan sembahyang ke atasnya
Dari zahir hadith ini menunjukkan harus sembahyang jenazah di atas kubur
Hadith lain
عَنْ
أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَتْ تَقُمُّ الْمَسْجِدَ –
أَوْ شَابًّا – فَفَقَدَهَا رَسُولُ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم-
فَسَأَلَ عَنْهَا – أَوْ عَنْهُ – فَقَالُوا مَاتَ. قَالَ « أَفَلاَ كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِى ». قَالَ فَكَأَنَّهُمْ صَغَّرُوا أَمْرَهَا – أَوْ أَمْرَهُ – فَقَالَ « دُلُّونِى عَلَى قَبْرِهِ ». فَدَلُّوهُ فَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ قَالَ « إِنَّ
هَذِهِ الْقُبُورَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً عَلَى أَهْلِهَا وَإِنَّ اللَّهَ
عَزَّ وَجَلَّ يُنَوِّرُهَا لَهُمْ بِصَلاَتِى عَلَيْهِمْ ». (صحيح مسلم جنائز)
Bermaksud: Daripada
Abu Hurayrah, bahawa seorang wanita bekulit hitam atau seorang pemuda
yang membersihkan masjid, Rasulullah tidak melihatnya lalu Baginda
bertanya mengenainya maka orang ramai menjawab dia telah meninggal
dunia. Rasulullah berkata: Kenapa kamu tidak memberi tahu kepadaku..
Kata perawi: Seolah-olahnya mereka memandangnya rendah. Rasulullah
bersabda: Tunjukkan aku akan kuburnya maka mereka menunjukkan akan
kuburnya. Rasulullah pun sembahyang ke atasnya. Selepas itu Rasulullah
bersabda: Bahawasanya kubur ini penuh dengan kegelapan kepada
penghuninya, bahawasanya Allah `a.w.j. menerangi kubur itu untuk mereka
dengan sebab sembahyangku ke atas mereka
Dari hadith di atas juga menunjukkan harus sembahyang jenazah di atas kubur
عن
الشَّعْبِيُّ أَخْبَرَنِي مَنْ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ وَرَأَى قَبْرًا مُنْتَبِذًا فَصَفَّ أَصْحَابَهُ خَلْفَهُ
فَصَلَّى عَلَيْهِ فَقِيلَ لَهُ مَنْ أَخْبَرَكَهُ فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ
قَالَ
وَفِي الْبَاب عَنْ أَنَسٍ وَبُرَيْدَةَ وَيَزِيدَ بْنِ ثَابِتٍ وَأَبِي
هُرَيْرَةَ وَعَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ وَأَبِي قَتَادَةَ وَسَهْلِ بْنِ
حُنَيْفٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ حَدِيثٌ حَسَنٌ
صَحِيحٌ . (سنن الترمذى، الجنائز)
Bermaksud: Daripada
al-Sha`bi katanya orang yang melihat Nabi s.a.w. dan melihat kubur yang
terasing dari yang lainnya, mengkhabarkan kepada aku, Nabi meluruskan
saf sahabat-sahabatnya, lalu Baginda sembahyang keatasnya, maka orang
bertanya siapa yang mengkhabarkan kepada kamu mengenainya? Jawabnya Ibn
`Abbas.
Hadith di atas juga menunjukkan harus sembahyang jenazah di atas kubur. Dan harus sembahyang jenazah dengan berjama`ah.
Harus
sembahyang jenazah di atas kubur adalah merupakan pendapat kebanyakan
ahli ilmu dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w.. Ia juga merupakan
pendapat al-Shafi`i, Ahmad, Ishaq dan lain-lain. Ada juga ahli ilmu yang
tidak mengharuskan sembahyang jenazah di atas kubur. Ia merupakan
pendapat al-Imam Malik, Abu Hanifah dan lain-lain. Ada juga yang
berpendapat jika mayat itu belum disembahyangkan hendaklah
disembahyangkan. Ini pendapat Ibn al-Mubarak. Ada juga yang mengatakan
boleh sembahyang jenazah di atas kubur sehingga sebulan. Ada yang
berpendapat boleh sembahyang jenazah di atas kubur lebih dari sebulan.
(al-Mubarhfuri t.t. 4/113)
Pendapat penulis: Berpandukan
kepada nas-nas yang dipaparkan menunjukan harus sembahyang jenazah di
atas kubur sama ada mayat itu telah disembahyangkan atau belum, dan sama
ada berjama`ah atau tidak, dan sama ada kurang dari sebulan atau lebih.
Larangan sembahyang di atas kubur
Di antara nas-nas yang melarang sembahyang di atas kubur untuk yang lain dari sembahyang jenazah ialah:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « قَاتَلَ اللَّهُ الْيَهُودَ اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ » . (صحيح البخارى، الصلاة)
Bermaksud: Daripada
Abu Hurayah r.a.`. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah membunuh
(laknat) orang Yahudi yang telah menjadikan kubur para anbiya’ mereka
sebagai masjid/tempat sembahyang
Hadith di atas menunjukkan tegahan menjadikan kubur para
anbiya’ sebagai masjid atau tempat sembahyang. Jika ditegah kubur para
anbiya’dijadikan sebagai tempat sembahyang/masjid maka kubur umatnya pun
ditegah juga dijadian tempat sembahyang/masjid.
عَنْ أَبِى مَرْثَدٍ الْغَنَوِىِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- « لاَ تَجْلِسُوا عَلَى الْقُبُورِ وَلاَ تُصَلُّوا إِلَيْهَا ». (صحيح مسلم، الجنائز)
Bermaksud: Daripada
Abu Marthad al-Ghanawi katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Jangan kamu
duduk di atas kubur, dan jangan kamu sembahyang ke arahnya
Hadith
di atas melarang sembahyang menghadap ke kubur. Ini memberi faham
dilarang sembahyang di kawasan tengah perkuburan, di atas kubur dan di
kawasan kubur kerana akan membawa kepada mengadap ke kubur
عَنْ
ابْنِ عُمَرَ قَاال نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعِ مَوَاطِنَ فِي الْمَزْبَلَةِ
وَالْمَجْزَرَةِ وَالْمَقْبَرَةِ وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ وَالْحَمَّامِ
وَمَعَاطِنِ الْإِبِلِ وَفَوْقَ الْكَعْبَةِ (سنن ابن ماجة، المساجد
والجماعات)
Bermaksud: Daripada
Ibn Umar katanya: Rasulullah s.a.w. menegah sembahyang pada tujuh
tempat, tempat buang sampah, tempat penyembelihan, kubur, tengah jalan,
bilik mandi, reban unta dan di atas ka`bah.
Hadith di atas juga melarang dari mengerjakan sembahyang di atas kubur
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِىِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ –صلى الله عليه وسلم- « الأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلاَّ الْمَقْبَرَةَ وَالْحَمَّامَ ». (سنن ابن ماجة، المساجد والجماعات ، سنن الدارمى، كتاب الصلاة)
صححه الألبانى فى صحبح ابن ماجة
Bermaksud: Daripada Abu
Sa`id al-Khudri katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bumi itu semuanya
masjid/tempat sujud kecuali tanah perkuburan dan bilik mandi.
Apabila
terdapat keizinan sembahyang jenazah di atas kubur yang merupakan
pendapat kebanyakan ulama’ sebagaimana yang telah dijelaskan maka
larangan ini adalah bagi sembahyang yang lain dari sembahyang jenazah.
Dipetik dari buku Hukum Hakam Berkaitan Tanah Perkuburan
Oleh : Dr Udah Mohsin
Penerbit : Masjid al-Istiqamah Sg Merab
Imam Muhammad B. Ismail ash-Shan’ani (rahimahullah) berkata:
وفيه دليل على النهي عن الصلاة إلى القبر كما نهى عن الصلاة على القبر والأصل التحريم ولم يذكر المقدار الذي يكون به النهي عن الصلاة إلى القبر والظاهر أنه ما يعد مستقبلا له عرفا
Terjemahan: Hadis ini merupakan dalil berkenaan larangan solat ke arah kubur sebagaimana dilarangnya solat di atas kubur yang mana hukum asalnya adalah haram. Tetapi tidak dijelaskan apakah batasan menghadap ke arah kubur tersebut? Yang jelas (secara zahirnya), adalah apa yang biasa dapat difahami oleh kita sebagai menghadap, maka itulah batasannya.
ودل على تحريم الجلوس على القبر وقد وردت به أحاديث
Hadis ini juga adalah merupakan dalil berkenaan larangan duduk-duduk di atas kubur. (ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarh Bulughul Maram, 1/137)
No comments:
Post a Comment