Oct 8, 2013

MSG menyebabkan obesiti dan pembunuh senyap

MSG menyebabkan obesiti dan pembunuh senyap
MSG menyebabkan obesiti dan pembunuh senyap, MSG ialah bahan yang di kenali monosodium glutamate. Kicap, sos tiram, mi segera, mi sup pasar malam dan masakan Cina adalah antara makanan yang biasa ditambah dengan MSG.

Masakan sejuk beku mudah sedia seperti nuget dan sosej juga biasa ditambah MSG. Sesetengah orang termasuk penulis mudah membezakan sama ada sesuatu makanan ditambah MSG atau tidak.


Kajian di China dalam laporan American Journal of Clinical Nutrition (June 2011) mendapati pengambilan makanan mengandungi MSG menyebabkan obesiti. Kajian selama 5.5 tahun itu melibatkan 10 ribu orang dewasa.

Golongan penyelidik mendapati subjek lelaki dan wanita yang mengambil MSG paling tinggi (5 gram sehari) mengalami berat badan berlebihan 30 peratus lebih mudah berbanding dengan subjek yang mengambil MSG pada paras paling rendah (kurang daripada 0.5 gram sehari).



MSG menyebabkan obesiti dan pembunuh senyap

MSG menyebabkan obesiti dan pembunuh senyap

 

10 gram sehari Apabila penyelidik menyisih individu yang sudah sedia mengalami berat badan berlebihan pada permulaan kajian, risiko didapati meningkat sebanyak 33 peratus.

Kajian ini menunjukkan semakin tinggi MSG yang diambil seseorang (secara kerap dan berpanjangan maka risiko untuk mengalami pertambahan berat badan semakin meningkat.

Tanda Tanda MSG banyak

Simptom (MSG Symtom Complex) dikaitkan pengambilan MSG termasuk rasa kebas, pijar, rasa mencucuk-cucuk, muka berkerut, sakit dada, sukar bernafas, sakit kepala, loya, denyutan jantung deras, seakan-akan mabuk dan lesu. Sesetengah orang akan mengalami sakit kepala dan sakit bahu sebaik-baik sahaja selepas mengambil makanan mengandungi MSG.

Dr Russel Blaylock, penulis buku berjudul Excitotoxins: The Taste that Kills. menerangkan bahawa MSG mengaktifkan sel-sel secara berlebihan hingga menyebabkan ia mengalami kerosakan atau mati. Ini boleh menyebabkan pelbagai tahap kerosakan otak.

Ia seterusnya berpotensi pelbagai masalah seperti antara lain menyebab/memburukkan masalah pembelajaran, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan penyakit Lou Gehrig.

Menurut Dr Blaylock lagi reseptor glutamat telah ditemui dalam sistem pengaliran elektrik jantung.

Kandungan MSG Yang Disembunyikan
Kewujudan MSG dalam sesuatu produk makanan disembunyikan dalam kandungan makanan melalui ekstrak yis, yis troula, hydrolyzed vegetable protein dan yis terautolsis. Terdapat beribu-ribu produk yang mengandungi satu atau lebih bahan kimia yang boleh meningkatkan rasa makanan tersebut.
   
Symptom Attention – Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHA)
Simpton ini terdapat pada kanak-kanak dan disebabkan oleh kandungan makanan terproses yang mengandungi pewarna tiruan berlebihan. Ia juga disebabkan oleh pemprosesan makanan yang tinggi refined carbohydrates. 80 peratus daripada kanak-kanak yang dirawat dengan menghindarkan pengambilan makanan terproses boleh sembuh daripada ADHD dalam masa dua minggu.

Sumber Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment